Monday, November 23, 2009

Terbaru:Koleksi Gambar-gambar KMH4
















Alhamdulillah..

Pada 16,17 dan 18 November 2009 yang lepas,KEM MAHASISWA HADHARI yang Ke-4 telah berjaya di laksanakan..

Terima kasih yang tidak terhingga kepasa semua urusetia,Fasilitator dan juga kepada para peserta atas komitmen yang telah di berikan
Insya-ALLAH..kita akan berjumpa lagi pada semester hadapan .

~MAJU BERSAMA ISLAM~

Exco Usahawan PMH: Promosi T-Shirt PMH(Exclusive Limited Edition)

Assalamualaikum.w.b.t



~PROMOSI~









Exco Keusahawanan PMH ingin mengadakan promosi T-shirt PMH-Limited edition.
Tulisan(ISLAM IS THE WAY OF LIFE) di baju di sulamkan supaya menjadi kelainan

Harga:

T-shirt Siswa-RM30.00
T-Shirt siswa(Muslimah)-RM30.00

Untuk Tempahan sila hubungi:
013-4665945-Siswa
013-3914360-Siswi
(Bayaran boleh di buat pada semester depan)



Tawaran sehingga 30Hb November 2009

~sekian dari Exco Keusahawanan PMH 2009~

Tuesday, October 27, 2009

Kem Mahasiswa Hadhari 4-KMH4


Kem tahunan yang di nanti-nanti tiba jua!!
Marilah bersama-sama kami berkem di Kem Idaman Nurani,Ulu Langat ,SELANGOR.
Terdapat banyak progrm menarik untuk para peserta...Dapatkan segera bersama-sama dengan T-shirt PMH exclusive hanya RM 30 sehelai.

Maklumat Program:
KEM MAHASISWA HADHARI 4
MASA :16-18 Nov 2009
TEMPAT : Kem Idaman Nurani,HUlu Langat,SELANGOR

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi :
Siswa - 0136295403(Asrullah)
Siswi - 0136610965(Amirah)

-Rebutlah peluang keemasan menjadi komuniti kami -

Antara objektif KMH4 adalah :
  • mencari pelapis-pelapis PMH untuk masa akan datang dan menyerapkan ahli-ahli PMH ke dalam add-hoc PMH .
  • menyebarkan dakwah serta memberikan input-input yang berguna kepada mahasiswa yang dahagakan dan tercari-cari pengisian rohani.
  • Melihat alam ciptaan ALLAH di sulami dengan ilmu-ilmu dan pengisian yang bermanfaat.
  • Menambah kenalan dan mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswa yang mempunyai kecenderungan yang sama.

Saturday, October 17, 2009

TWB Rayer-18Oktober 2009

THE WEEKLY BOOMERANG-RAYER(Terakhir pada semester ini)
Insya-ALLAH..akan diadakan pada

The Weekly Boomerang Raya
PMH
Tarikh: 18 OKT 2009
Hari: AHAD
Tempat: Foyer S&T
Masa: 10:30 pg (pdftaran) hingga 5 ptg (penutup)

Tentatif
10:30 Pdftaran peserta

11:00-12:30 Taujihad Peperiksaan (oleh Dr. Affendi)

12:30-2:00 Jamuan Raya & Solat Zuhur

2:00-2:30 Persembahan nasyid

2:30-4:30 (Ceramah) Dakwah & Ideologi (oleh Ustz Zamri mari mengaji)

4:30 Ucapan Pengarah Program

4:40 Ucapan Presiden PMH

4:50 Persembahan Montage
(simbolik perasmian penutup)

5:00
Bersurai

JAMUAN MAKAN2 DISEDIAKAN.
SEMUA DIJEMPUT HADIR.

SEKIAN DIMAKLUMKAN.

Saturday, October 10, 2009

HISBAH!!..jom Cegah MAKSIAT.



INSYA-ALLAH..HISBAH akan di gerakkan pada 10 Oktober 2009 jam 9.00p.m-11.p.m.Tempat berkumpul DI Dtaran Cendekia.Semua ahli PMH yang berminat sangat di alu-alukan untuk menyertai kami.Marilah kita sama-sama menyahut pangilan dakwah di kampus.

  • Apa itu HISBAH??

HISBAH adalah kesinambungan daripada SKUAD MAKSI(Skuad Maksiat SIFAR) yang pernah di jalankan pada Ramadhan Tahun lepas(2008).
Ia adalah sebuah pergerakan untuk mencegah dan membanteras gejala maksiat yang berleluasa di sekitar UiTM SHAH ALAM.
Tenaga penggeraknya adalah terdiri dari MT PMH dan Juga Exco-exco PMH bersama Ahli-Ahli PMH juga bekerja sama dengan pihak CITU, Sahabat-sahabat Surau Kolej kediaman Dan JPK-JPK Kolej kediaman.
Method yang di gunakan adalah menyebaran risalah berkenaan maksiat dan couple dan juga menegur pasangan-pasangan couple secara direct dan indirect(berhikmah).

  • Siapa yg boleh Join?

Ahli-ahli PMH,sahabat-sahabat Surau kolej dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pengerak HISBAH amat di alu-alukan menyertai kami.

.marilah kita menjadi ansarullah ..(Penolong agama ALLAH)

"Wahai orang-rang yang beriman!Jika kamu menolong agama ALLAH,niscaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
-Muhammad ayat 7-

Wednesday, October 7, 2009

Bisikan IMAN

Sekali sekala dalam tafakurmu,
Merenung dan muhasabah diri...
Kenalkanlah bisikan-bisikan yang berdesir di hatimu
Untuk dikenali punca dan penyakitnya,
Dan seterusnya untuk kau ubati.
Pasangkanlah telinga batinmu,
Dengarkanlah cetusan keluh kesah,
Ataukah kagum,
bangga dan megah Dan seribu satu kehendak dan rungutan,
Yang jarang merendahkan hatimu
Untuk sujud penuh kehambaan,
Ke hadrat Tuhan….

Inilah petanda jiwamu berpenyakit,
Dimamahi ulat-ulat mazmumah
Kerana hatimu kini dikuasai nafsu
Yang membusukkan hati,
Memburukkan perilaku.
Ubatlah ia dengan mujahadah,
Agar ia pulih ke tahap mahmudah.
Kemudian berusahalah memiliki iman,
Yang kau dituntut atasnya selepas Islam,
Akan terubatlah penyakitmu dengan kaedah:
“ketahuilah, bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”
-Ar Raad : 28.

Lantaran iman itu ialah…
Punca tenaga,
tempat lahirnya Segala- gala yang kau perlukan dalam hidup,
Mencipta jua meletakkan jiwamu,
Dalam keadaan yang serba sempurna.
Imanlah sebenar-benar hartamu,
Yang akan memperkayakan jiwamu.
Hatimu, akan memandang dunia ini
Tepat pada hakikatnya:
Hanyalah bangkai….
Dan hiburan yang memperdayakan
Kau pastinya tidak akan merelakan,
Dirimu menjadi anjing pemburu.

Iman ialah kekuatan
Menjadikan kau optimis dengan takdir Tuhan,
Tidakkan pernah berputus asa,
Tidak mengenal erti kecewa.
Bahkan jiwa akan kebal menempuh rintangan
Bersemangat kental meneruskan perjuangan.
Takutmu hanya pada Allah jua
Atau apa-apa yang bakal mencacatkan hubunganmu dengan Tuhan.

Maka dikala itu pula I
man akan mendidikmu menjadi insan
Yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi.
Tidak merelakan perlakuan mungkar,
Peka kepada kebajikan sekalipun sekadar
Membuang duri dari jalanan….
Iman jualah…
Sahabatmu yang karib lagi setia
Yang akan sentiasa bersamamu
Dalam suka ia akan mengingatkan…
“bersyukur dengan rahmat Tuhanmu…”
dalam duka, ialah penenang
“berserahlah kepada Allah,
inilah tarbiah tanda kasih-Nya
dan penghapusan dosamu yang lalu.”

Ia akan membimbingmu kepada
Kebahagiaan hidup yang engkau harap-harapkan,
Tiadakan tergugat,
seberat manapun dugaan.
Segalanya tenggelam ,
dalam kemanisan rasa
Ujian bagimu adalah penyubur jiwa.
Bahkan mati sekalipun,
Adalah syarat untuk menemui cinta!
Lantaran bagi mukmin sejati
cintanya hanya untuk Tuhan dan ujian dariNya adalah cenderamata percintaan.

Iman jualah yang bakal mengawalmu
Dari serangan musuh lahir dan batin.
Hati yang beriman akan bertawakal
Dengan bantuan Allah yang dijanjikan…
“sesungguhnya Allah beserta orang- orang yang beriman.”
Ingatan-Nya pula dijadikan ‘guide line’
Dalam mengenal kawan atau lawan.
Hatimu akan sentiasa berwaspada
Dengan bisikan nafsu jahat yang penuh tipu daya
Ahli sufi sering bermadah:
Kiranya kau miliki iman, sesungguhnya kau Telah memiliki segala – galanya pula…”

Dan dihujung tafakurmu nanti,
Akan kau temui untuk seterusnya dimengerti;
Imanlah yang akan memuliakan darjatmu
Selaku; khalifah Allah di muka bumi,
Bukan insan yang berperi kebinatangan
Yang mengotorkan bumi dengan kemungkaran.
Ya, hanya Iman Penyelamat…
Di hari kiamat,
harta dan anak pinak tidak berguna lagi,
kecuali orang- orang yang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera bersih dan beriman…”
- Asy Syua’ara 88-89

Daripada Madah Tuan Guruku
untuk daku meneruskan perjuangan fisabililah
kepada anda semua.

Hidup ini hanya sementara...
Bersediakah kita untuk menemuiNya..
cukupkah amalan kita untuk dipersembahkan kepadaNya..
Kesemua jawapan ini adalah tersembunyi..
Keikhlasan kita adalah ukurannya
Hanya dengan RAHMATNYA dipersilakan kepada anda masuk ke pintu syurga...
Kita adalah hamba...
Hamba wajib bertaqwa...
Dengan beribadah sepenuh masa.
Ya Allah Ya Tuhan ku..
Pimpinkanlah daku kejalan yang benar...
Dan peliharalah daku dari azab api neraka..
Maha Suci Tuhan..
Kepada Mu jua daku berserah...
Berusaha, Redho dan bertawakal.
Amiin.


Tuesday, September 22, 2009

Berhari Raya perlu ikut adab


SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.

Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: “Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri." Lalu baginda segera bertanya: "Kenapa wahai saudaraku?" Lelaki itu berkata: “Kerana saya tidak ada baju baru.”

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.


Saturday, September 12, 2009

Banner PMH di kampus??

Bissimillahirahmanirahim.

Apa?..banner PMH di dalam kampus?..biar betul?

Ya..benar..Alhamdulillah..setelah sekian lama PMH bertapak di dalam UiTM Shah Alam tercinta ini..kini tiba lah masanya kami mengorak setapak lagi langkah untuk terus maju iaitu banner PMH.PMH telah berjaya untuk menghasilkan banner untuk Ramadhan,Syawal dan juga peperiksaan.Dan Banner-banner tersebut juga di edarkan di kampus-kampus cawangan iaitu Kampus Puncak Perdana dan Kampus Jalan Othman.
Pada 1Ramadhan,Banner Ramadhan telah di naikkan di tiga lokasi iaitu di hadapan Dataran Cendekia,di Pusat Kesihatan(Berhadapan pintu masuk belakang UiTM) dan juga di Kolej Seroja.

Banner Ramadhan PMH


Dan pada 10 September 2009,Banner Syawal di naikkan di lokasi yang sama.
Kami amat berterima kasih kepada pihak CITU dan juga HEP UiTM kerana memberi kebenaran untuk kami menaikkan banner..Dan jutaan terima kasih kepada semua Ahli PMH dan kepada semua yang menyokong sehingga kini.Tanpa kalian,PMH tidak mampu untuk di hidupkan dan di gerakkan.





Teruskan bersama-sama kami mengislahkan kampus tercinta kita.Semoga sedikit kudrat dan sumbangan anda akan terbalas di jannah.

Monday, August 17, 2009

Di sebalik Tabir Syahadah-Weekly Boomerang

Insya-ALLAH..Pada 18hb Ogos 2009,Selasa ,Program Weekly Boomerang akan di adakan seperti yang telah di janjikan.Pada kali ini kami membawakan penceramah khas dan istimewa sekali iaitu Ustaz Zamri MANTOP -Mari Mengaji.Jangan lepaskan peluang berada di majlis ilmu bagi bersama-sama mendapatkan keredhaan Illahi..bertemu dan berpisah hanya kerana ALLAH s .w .t


Weeekly Boomerang "Di sebalik Tabir Syahadah"
Tarikh: 18hb Ogos 2009
Masa: 8.00-10.50p.m
Tempat : Dewan Kuliah B,Bangunan Sains dan Teknologi
Disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Zamri MANTOP/Mari mengaji


8.00-8.30 p.m :Pendaftaran

8.30-10.15p.m.: Ceramah-disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zamri MANTOP-Mari Mengaji

10.15-10.30.p.m: Soal jawab

10.30-10.40.p.m :Tayangan

10.40-10.50.p.m: Jamuan Ringan

10.50.p.m: Bersurai

Sunday, August 9, 2009

ISLAM semakin dagang..kemana hilangnya Generasi Al-Quran-Weekly Boomerang

Alahmdulillah...dengan izin ALLA S WT PMH masih terus mara menuju ke hadapan untuk membawa dan menjadikan kampus kita sebagai kampus yang terbilang bukan sahaja dari segi akademik..tetapi juga dari segi rohani ..

Pada 28 Julai 2009..Program mingguan PMH,iaitu Weekly Boomerang pertama-tama kali di adakan dan di mulakan pada semester ini.Weekly Boomerang ini adalah lanjutan daripada Program Tuesday Night Lecture yang pernah di jalankan pada dua semester lepas.Progrm ini adalah program ringan tetapi padat dengan input-input berguna kepada pelajar ipt muslim yang sedang menuntut di ipt dan sebagai bekalan rohani untuk menempuh cabaran-cabaran kampus yang semakin hari semakin meruncing.

Bertempat Di Bangunan Sains dan Teknologi,hamba-hamba -NYA yang berkumpul demi kasih sayang-NYA mula memenuhi dewan kuliah.












Kian hari..cara hidup ISLAM semakin di tinggalkan jauh dan di ambil alih pula oleh deen barat dari propaganda Yahudi.Generasi ISLAM hari ini semakin tidak mengenali apa itu Cara hiduup ISLAM yang sebenar.Dan akibat dari perang saraf agenda yahudi melalui barat itu..menjadikan umat ISLAM hari ini jauh dari tamadun ISLAM malah keruntuhan akhlak pula mengambil tempat di dalam tamadun hari ini yang kian suram dengan desakan hawa nafsu berajakan syaitan.

Kuliah mingguan ini telah di sampaikan oleh ustazah Nik Kamalia dari Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UITM (CITU).Dengan slide show yang menarik,ia dapat memberikan lebih pengisian dan kepelbagaian dalam penyampaian.

Hati manusia itu perlu kepada santapan rohani.Jangan biarkan ia sunyi dari ketukan hidayah kerana nafsu akan mula mengambil alih.

Insyya-ALLAH Weekly Boomerang akan diadakan setiap 2 minggu sekali dalam sebulan dengan pelbagai lagi kupasan-kupasan lain yang menarik bersama penceramah-penceramah jemputan yang hebat.


-Mengengam ISLAM pada hari ini ibarat mengengam bara api..perit di pegang..di lepaskan ia padam..-

Thursday, August 6, 2009

Tahniah PMH

UITM SHAH ALAM-Pada 3 dan 4 ogos yang lalu, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah mengadakan Pameran Persatuan dalaman UiTM yang berdaftar di bawah HEP. Persatuan Mahasiswa Hadhari juga terlibat dalam pameran ini.

PMH telah mendapat Anugerah bagi keahlian teramai sepanjang pameran berlangsung iaitu 170 ahli. Manakala anugerah pameran terbaik jatuh kepada Kelab Hoki UITM. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan pimpinan dan exco PMH juga tidak lupa kepada ahli dalam menjayakan pameran ini. Moga Allah membalas jasa dan tenaga yang kalian curahkan.

Semoga PMH dapat bergiat dengan lebih maju supaya nilai-nilai Islam dapat diserapkan kepada mahasiswa UITM khususnya.

Mabruk!!

Banner








-Dilaporkan oleh Setiausaha Agong PMH 2009-

Monday, July 20, 2009

Program pertama-Tautan Ukhuwah fasa 1

Alhamdulillah..program Tautan Ukhuwwah PMH,program pertama pada semester ini berjalan dengan lancar.Seramai 130 orang peserta berjaya di kumpulkan dalam dewan yang indah lagi damai,dewan kuliah S&T.Walaupun hari Ahad,19 Julai 2009,merupakan hari minggu,tetapi dengan semangat dan azam untuk menuntut ilmu menyebabkan adik-adik mara menuju ke medan ilmu.

Ustaz Khairil dari MAIS. (Penceramah jemputan Slot Bengkel Dakwah)


Dewan Kuliah E yang penuh dengan kehadiran peserta


Simulasi dari Bengkel Dakwah(Lakonan)

Semoga dengan kejayaan program pertama Persatuan Mahasiswa Hadhari pada semester ini
akan menjadi momentum yang besar bagi program -program kami yang akan datang.Tanpa sokongan dari anda semua,maka kami tidak akan dapat bergerak dan mengerakkan persatuan ini di dalam kampus tercinta.

-Maju bersama ISLAM-

Saturday, July 18, 2009

Program Tautan Ukhuwwah Fasa 1

Alhamdulillah...selepas kejayaan Program Tautan Ukhuwah pada pada hujung semester lepas,maka PERSATUAN MAHASISWA HADHARI UiTM dengan ini melanjutkan lagi program menjadi berfasa-fasa pada semester ini.Warga kampus UiTM SHAH Alam sangat di alu-alukan untuk hadir bagi memeriahkan lagi program mini kami.Berikut adalah tentatif Program Tautan Ukhuwwah Fasa 1:
Tempat:
Dataran Sains Dan Teknologi

Tarikh:
19hb Julai 2009

Hari :
Ahad

Waktu :
8.30pg-4.30ptg


Tentatif:

8.30pg-9.00pg :Pendaftaran peserta
9.00pg-11.00pg :Explorace/Indoor game
11.30pg-1.30 ptg : Slot PMH
1.30ptg-2.30ptg :
Rehat

2.30ptg-4.30ptg : Bengkel Dakwah Lapangan(Skuad Maksi)

-Semoga ukhuwwah itu tertaut hanya kerana-NYA-

Saturday, July 11, 2009

~Selamat datang semester baru~


Ahlan wasahlan..selamat datang kepada pelajar-pelajar dan adik-adik yang baru mendaftar ke UiTm Shah Alam...


Alhamdulillah kalian semua terpilih dan di pilih oleh ALLAH S.W.T untuk menuntut ilmu di kampus yang indah permai ini.Menjadi seorang pelajar universiti,maka kalian akan berhadapan dengan berbagai-bagai cabarn hidup.Jalan hidup yang berbeza dari Matrikulasi dan juga sekolah.


Betulkan niat.Melangkah ke kampus induk UiTM ini dengan niat kerana ALLAH.Menuntut ilmu-ilmu yang telah ALLAH kurniakan pada hamba-hamba-Nya.Allah jualah yang menciptakan sistem kehidupan,sistem komputer,sistem pembelajaran,sistem undang-undang dan ia di gerakkan oleh duta-duta ALLAH di dunia dengan izin-NYA.


Manusia di utuskan sebagai khalifah di muka bumi ini.Khalifah adalah duta ALLAH di dunia.Oleh itu jadikanlah diri kalian sebagai duta yang menjalankan tugas menuntut ilmu ALLAH dengan rasa penuh amanah dan tanggungjawab.Jangan pula melupakan tugas yang telah di amanahkan.Sesungguhnya kalian insan-insan pilihan ALLAH untuk menerima tugas sebagai penuntut ilmu du UiTM Shah Alam yang besar.Terdiri dari berbagai fakulti dan jurusan.Di sinilah kita berkumpul untuk sama-sama mengejar redha illahi.Bersama-sama para ilmuan mengutip permata-permata yang di tabur di dewan kuliah dengan penuh rasa cinta kepada ALLAH.

Insya-ALLAH,dengan pembukaan semester baru ini,Persatuan Mahasiswa Hadhari UiTM akan mengadakan perbagai aktiviti untuk kemaslahan Masyarakat kampus.Antara program besar persatuan yang akan berlangsung selama satu semeter ini adalah:

  1. Kem Mahasiswa Hadhari 4-(KMH 4): 7Ogos-9 Ogos 2009
  2. Karnival Hujung Minggu Bersama Mahasiswa 3 (KHMBM 3): 12September-13 September 2009
  3. Program Tautan Ukhuwah PMH(Berkala) : 12 Julai /4 Ogos / 18 Ogos/ 1 September/15 September 2009.
Kami dari Pihak persatuan mengalu-alukan penyertaan dan sokongan dari pihak para penuntut kampus UiTM.Marilah kita sama-sama memeriahkan majlis ilmu di mana seribu malaikat melebarkan sayap-sayapnya.Selain dari program besar yang telah di nyatakan di atas,kami juga akan mengadakan program-program kecil antaranya:
  • Pengedaran risalah Raudhah Tribune (http://raudhahtribune.blogspot.com/)
  • Jualan Planner akademi PMH
  • Memo pad PMH
  • Sampul Raya PMH
  • Pengedaran Poster PMH ke semua fakulti dan kolej.
Di harap dengan kedatangan semester baru,akan memberikan semangat baru penuh dengan pengisian tarbiyyah yang di garap oleh ALLAH s .w. t dengan indah.

-MAJU BERSAMA ISLAM-

Saturday, April 18, 2009

SPECIAL PROMOTION FROM PMH!!

Assaalamualakum w.b.t..

Exco Keusahawanan Persatuan Mahasiswa Hadhari menawarkan tawaran JAKET exclusive untuk ahli-ahli PMH di kampus

  • .Terdapat 3 design.
  • Special jaket untuk siswi(Jaket labuh)
  • Black colour
Maklumat berkenaan Jaket:
1)Biasa(Tanpa nama & tanpa logo) - RM 62
2)Biasa(Nama) -RM65
3)Exclusive Logo PMH dan nama -RM75

Deposit -RM30

Berminat??
Contect siapa ??
Exco Keusahawanan PMH:013-4665945
Timb.Exco Keusahawan PMH :013-3914360

CEPAT-CEPAT..JANGAN LAMBAT.TEMPAH SEBELUM 22/04/09

Pandang Hadapan
Pandang Belakang

Jaket siswi(Hadapan)
Jaket siswi(Pandang belakang)

Monday, March 30, 2009

Al-Fatihah buat Penasihat Persatuan Mahasiswa Hadhari



Al-Fatihah kita tujukan kepada Arwahyarham Prof.Ghazali B.Sulaiman atas pemergiannya tanggal 29 Mac 2009..
.Arwah sangat berjasa kepada PMH .Beliaulah bertindak kepada bapa kepada Persatuan dengan sifat penyayang yang tinggi dan semangat yang berkobar untuk melihat Misi dakwah kami berjalan lancar.

-semoga Arwahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang soleh.Amin-

Saturday, March 28, 2009

PROGRAM TAUTAN KASIH


Kami mengalu-alukan kedatangan semua perserta KMH 3 dan pelajar UiTM lain untuk sama-sama memeriahkan majlis Tautan Kasih PMH ini !

Tarikh : 29 March 2009
Masa :9.00pg-2.00ptg
Tempat:Dewan Kuliah H ,Bangunan Sains & Teknologi

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!!!
::Ukhuwah Islamiah D hearty::


-Maju Bersama Islam-

Sunday, March 15, 2009

PERKHEMAHAN TAHUNAN PMH 3

Mengekalkan identiti kemesraan dalam berukhuwwah selari dengan konsep Islam yang sempurna sebuah perkhemahan tahunan telah berjaya dilaksanakan oleh sebuah persatuan islam dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor iaitu Persatuan Mahasiswa Hadhari.

Sebuah persatuan islam yang bermotifkan pembangunan pemikiran islam yang positif dikalangan mahasiswa sedaya upaya membawa mahasiswa untuk turut serta mengalami sendiri keindahan ukhuwwah dalam islam disebalik kehijauan alam semulajadi ini. 

Sebuah aktiviti perkhemahan yang lebih bercorak rehlah dijayakan oleh kira-kira 10 orang fasilitator dan disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada kalangan mahasiswa UiTM Shah Alam sendiri. Berbekalkan semangat ingin menuntut ilmu agama yang berlainan dari sistem kuliah biasa, PMH membawa sekumpulan mahasiswa ke Kem Rimba Tamu yang bertempat di Batang Kali, Rawang, Selangor selama 3 hari 2 malam.

Pelbagai aktiviti bertemakan Islam dilakukan bersama-sama sepanjang hujung minggu tersebut. Antara aktiviti yang berjaya dilakukan ialah sesi ceramah dari tokoh agama terpilih, modul jasad kesinambungan dari qiamullail dan kuliah subuh hari, merentasi hutan belantara dan sungai, aktiviti berkumpulan dan peningkatan minda bersama-sama fasilitator.  

Selaku presiden PMH, saudara Ahmad Zaki bin Suhaimi pelajar semester 4  Jurusan  Sarjana Muda Statistik dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik begitu teruja apabila perkhemahan yang hanya dijangka disertai oleh 30 orang peserta bersama fasilitator berikutan kesibukan mahasiswa dalam aktiviti lain berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan.     

“Ukhuwwah sesama mahasiswa amatlah penting bagi melancarkan lagi gerak kerja persatuan mahasiswa dalam mengukuhkan lagi entiti Islam dalam kampus. Pihak persatuan kami berharap melalui program hujung minggu ini, para peserta dapat memahami keinginan UiTM itu sendiri dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja berpendidikan tinggi malah berfikiran global selari dengan kehendak Islam.”

Beliau berkata sedemikian selepas majlis penutup perkhemahan berikutan adanya mahasiswa yang melahirkan perasaan kecewa kerana tidak dapat turut serta kerana dipenuhi ujian dan kerja kursus yang perlu dihantar kepada pensyarah.

Aktiviti sebegini akan tetap diteruskan untuk tahun yang mendatang dan pihak persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam dan yang terlibat kerana begitu memahami keperluan rohani mahasiswa serta memberi peluang kepada mereka untuk tampil bersama jati diri yang teguh, maju dan erat ukhuwah antara satu sama lain. 

Saturday, February 28, 2009


  "HUJUNG MINGGU BERSAMA MAHASISWA"

    Tasbih diratib diiring merdu..
    Menahan hati yang sering merindu..
    Minggu kenangan sudah berlalu..
    Pasti mendatang ditunggu-tunggu..
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 2009

Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada semua kaki blogger UiTM bahawa berkat izinNya kami telah diberi peluang untuk mengadakan KEM TAHUNAN PMH yang dibuka kepada semua warga UiTM.
 
Kepada mahasiswa yang berminat dan ingin bersama-sama kami menelaah alam ciptaan Tuhan Yang Maha Indah..dijemput untuk melaporkan butiran diri kepada Akhi Hafizuddin dan Ukhti Ainun..

CEPAT SEBELUM TERLAMBAT !!!