Tuesday, December 14, 2010

Syabas dan Tahniah

Assalamualaikum w.b.t


Disaat ini semua pelajar uitm telah mengetahui keputusan peperiksaan yang lepas..kami pihak PERSATUAN MAHASISWA HADHARI mengucapkan Tahniah dan syabas kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan dan tidak lupa juga yang telah menghabiskan pengajian dengan jayanya. Semoga kejayaan anda bermanfaat untuk ISLAM. Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa. Terimalah dengan hati yang redha...Tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan...


Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan.

Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada.

Pasti akan disusuli dengan kekecewaan

Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan.

Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati.

Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.

Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri.

Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan?

Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan.

Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan.

Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.

Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa?

Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran.

Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian.

Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?

Lawan Perasaan Putus Asa

Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang.

Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan.

Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa.

Kesilapan sering terjadi di situ.

Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar.

Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.

Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu.

Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan.

Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita.

Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.

Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus.

Seharusnya kita mengetahui erti putus asa.

Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain.

Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa.

Semuanya bermula daripada putus asa.

Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain.

Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, October 5, 2010

The Weekly Boomerang 5...Straight Fighter...JOM RAMAI-RAMAI...


Semua Warga UiTM Shah Alam dijemput Hadir...Kupon aktiviti dan makanan disediakan..Harap Maklum....Sekian..Terima Kasih....

Sunday, September 19, 2010

Puasa Sunat Enam.....

Perkongsian dari blog: Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM) UiTM Perlis

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bulan Ramadhan yang baru saja berlalu selain banyak membentuk dan mendidik kita, memberi peluang pula bagi kita merebut pahala berlipat ganda sekaligus meningkatkan keimanan serta ketaqwaan.

Kini dengan tibanya bulan Syawal iaitu bulan kembali kepada fitrah, boleh menjadi pengukur sejauh mana bulan Ramadhan yang baru saja berlalu telah memberi kesan dalam jiwa kita.

Kalau di bulan Ramadhan kita biasanya merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan sunat seperti sembahyang Tarawih, Witir, bertadarus atau membaca al-Qur’an, bersedekah dan sebagainya, adakah di bulan-bulan selepas Ramadhan kita akan meneruskan amalan tersebut?

Antara amalan-amalan sunat yang menjadi rebutan para salihin di bulan Syawal ini ialah amalan puasa sunat enam. Apakah dia puasa sunat enam itu?


Definisi Serta Fadhilat Puasa Enam


Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.

Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”


(Hadits Riwayat Imam Muslim)


Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari di bulan Syawal di samping mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan diibaratkan seperti berpuasa sepanjang tahun berdasarkan perkiraan bahawa setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan berpuasa di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan berpuasa. Maka dengan itu genaplah ia setahun. Ini diperkuatkan lagi dengan sebuah hadits riwayat Tsauban bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya:
“Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”


(Hadits Riwayat Imam Al-Darimi)

Apa yang dimaksudkan dengan penyamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari puasa fardhu. Jadi, pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.

Hukum Dan Kedudukan Orang Berpuasa Sunat Menghadiri Jemputan Rumah Terbuka



Amalan berziarah atau berkunjung-kunjungan di Hari Raya Aidil-Fitri sudah menjadi adat bagi kita. Tuan rumah sudah pasti menghidangkan berbagai jenis juadah khususnya ketika mengadakan majlis rumah terbuka atau yang lebih biasa disebut dengan "open house".

Bagi mereka yang sedang berpuasa sunat enam, ini adalah satu dilema yang sukar dielakkan di hari raya ini, apatah lagi jika tuan rumah itu mengkhususkan jemputannya di waktu siang. Sehinggakan ada yang menjadikan alasan berpuasa sunat itu untuk tidak menghadiri jemputan ataupun menjadikannya alasan untuk tidak berpuasa enam.

Perlu diingat bahawa berpuasa bukanlah tiket serta alasan untuk tidak memenuhi jemputan. Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma misalnya, tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang berpuasa. Dalam satu hadits riwayat Imam Muslim, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan maka hendaklah dia memenuhinya. Jika dia sedang berpuasa maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak berpuasa maka hendaklah dia makan.”

(Hadits Riwayat Imam Muslim)



Orang yang diundang menghadiri jemputan sedangkan dia berpuasa, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya untuk memakan makanan yang dihidangkan kepadanya oleh tuan rumah. Jika puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa fardhu, misalnya puasa qadha Ramadhan atau puasa nazar maka adalah haram baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan dan sebagainya ke atas tuan rumah dan para hadirin.

Adapun jika sekiranya puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa sunat, maka adalah dibolehkan baginya untuk berbuka dan tidak meneruskan puasa sunatnya itu bahkan adalah sunat baginya untuk berbuka seandainya tuan rumah itu merasa tersinggung jika dia tidak memakan makanan yang dihidangkannya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menyuruh orang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam majlis jamuan makan, Baginda bersabda:

Maksudnya: “
"Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu." Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.”


(Hadits Riwayat Imam al-Baihaqi)



Ini sama halnya dengan tuan rumah yang menjemput ataupun didatangi oleh tetamu padahal tuan rumah itu sedang berpuasa sunat, lalu tetamunya itu berkeberatan untuk memakan makanan yang dihidangkan olehnya dan tidak mahu memakannya kecuali jika tuan rumah yang sedang berpuasa itu turut makan bersamanya – maka dalam hal ini, sebagai menghormati tetamu itu, adalah lebih afdhal bagi tuan rumah itu untuk berbuka dan makan bersama-sama tetamunya tadi kerana Ummu Hani’ Radhiallahu ‘anha sewaktu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pergi berkunjung ke rumahnya, Ummu Hani’ menghidangkan minuman kepada Baginda. Setelah minum, Baginda memberikannya semula kepada Ummu Hani’, lalu Ummu Hani’ pun meminum bakinya. Kemudian Ummu Hani’ pun berkata:

Maksudnya:
"Aku telah berdosa, maka mintalah keampunan untukku, Baginda bersabda: Apakah ia (dosamu itu)? Katanya: Aku ini berpuasa, dan aku berbuka. Baginda bersabda: Adakah puasa qadha yang engkau kerjakan itu? (Ummu Hani’) berkata: Bukan. Baginda bersabda: (Berbuka puasa sunat itu) tidak memberi mudharat kepadamu."


(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi).



Akan tetapi jika tuan rumah atau tetamu itu tidak tersinggung ataupun tidak keberatan jika dia meneruskan puasanya, maka dalam hal ini adalah lebih afdhal dan lebih utama baginya untuk terus berpuasa.

Jika dia berbuka juga maka dia tidak akan beroleh pahala puasa yang telah dilakukannya tadi. Berlainan halnya, jika dia berbuka kerana keuzuran misalnya kerana ingin menemani tetamunya makan atau untuk menjaga hati tuan rumah, maka puasanya tadi itu akan diberikan pahala sungguhpun dia tidak dapat menyempurnakannya sepertimana yang disebutkan dalam kitab Mughni al-Muhtaj.

Bagaimanapun, tidak meneruskan puasa sunat tanpa keuzuran adalah makruh di sisi hukum syara‘ berdasarkan zahir firman Allah Ta‘ala dalam Surah Muhammad ayat 33:

Tafsirnya:
“Dan janganlah kamu batalkan amalan kamu!”


(Surah Muhammad:33)

Hukum Menqadha Puasa Sunat

Orang yang sedang berpuasa sunat adalah berkuasa ke atas dirinya samada ingin meneruskan puasanya ataupun tidak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Ummu Hani‘ Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya:
“Orang yang sedang berpuasa sunat itu adalah raja bagi dirinya, jika dia mahu dia berpuasa dan jika dia mahu dia berbuka.”


(Hadits Riwayat Imam Ahmad)



Menurut pendapat mazhab Imam as-Syafi‘e, orang yang tidak meneruskan puasa sunat samada kerana keuzuran ataupun tidak, maka tidaklah wajib ke atasnya menqadha puasanya itu bahkan hukumnya adalah sunat. Ini kerana jika hukum menqadhanya adalah wajib, maka sudah pasti hukum tidak meneruskannya (puasa sunat) adalah haram.

Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:
“Aku membuat makanan untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Baginda dan sahabat-sahabat Baginda pun datang. Maka apabila makanan dihidangkan, seorang laki-laki daripada suatu kaum berkata: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa." Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu." Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu."”


(Hadits Riwayat Imam al-Baihaqi)



Maka ambillah peluang ini dengan sebaiknya kerana puasa enam ini berserta kelebihan-kelebihannya hanya hadir setahun sekali. Jadi janganlah ia dilepaskan begitu saja kerana agama Islam dengan penuh tolak ansur telah memberikan kemudahan bagi kita untuk mengerjakan puasa enam itu bukan dalam suasana hari raya.

Sumber: Pejabat Mufti Negeri, Brunei Darussalam

Friday, July 30, 2010

Hisbah Edisi 1

Cick image Untuk mendapat paparan yang lebih jelas...Terima Kasih..


page 1

page 2 & 3


page 4

Sunday, July 25, 2010

Nisfu Syaaban mengingatkan kedatangan Ramadan


BULAN Syaaban adalah antara bulan yang mulia di sisi Allah swt.

• Ia adalah bulan yang membawa keberkatan.
• nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya.
• Baginda Rasulullah saw banyak berpuasa sunat dalam bulan yang mulia ini.
• Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat dengan berganda. Ini kerana Nabi kita Muhammad saw meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah swt pada bulan yang agung ini.

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Nasaei dari Usamah bin Zaid ra berkata:
''Aku bertanya Rasulullah tentang bulan Syaaban kerana aku tidak pernah lihat baginda banyak berpuasa sunat sebagaimana beliau berpuasa dalam bulan Syaaban.
Baginda menjawab: ''Bulan yang banyak manusia lalai dan padanya ialah bulan di antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan Syaaban akan diangkatkan catatan amalan hamba kepada Allah swt. Dengan itu aku amatlah suka supaya diangkatkan amalanku ketika aku berpuasa."

Sebenarnya amal ibadat hamba diangkat oleh malaikat tiap-tiap hari manakala amal ibadat bulan Syaaban ini bolehlah dikatakan laporan tahunan bagi amalan hamba.

Hadis ini menunjukkan bahawa ramai yang lalai dalam bulan Syaaban ini. Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat seperti mana mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa beribadat kepada Allah swt pada bulan Ramadan. Ini kerana adat Jahiliyah dahulu orang Mekah lebih mengutamakan dan memuliakan bulan Rejab dan melupakan bulan Syaaban.

Di antara hikmah digalakkan banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban ialah kerana selepasnya dituruti oleh bulan Ramadan yang diwajibkan berpuasa keseluruhannya. Dengan itu puasa pada bulan Syaaban merupakan perintis dan latihan untuk membiasakan diri bagi menunaikan kewajipan puasa Ramadan sepenuhnya.

Bagi mereka yang sudah biasa berpuasa sudah tentu kuranglah rasa penat dan tidak terkejut untuk berpuasa dalam Ramadan nanti.

Sebuah hadis lagi yang memberi perangsang kepada kita umat Islam supaya mengikut sunah Rasulullah saw.

1. Dari Ummu Salamah meriwayatkan bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah Rasulullah saw berpuasa dalam setahun sepenuhnya kecuali bulan Syaaban. Kemudian baginda terus menyambung puasa Ramadan.

2. Al-Nasai dari Ummu Salmah berkata: ''Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali bulan Syaaban dan Ramadan.

3. Aishah pula meriwayatkan bahawa Rasulullah berpuasa bulan Syaaban kesemuanya.

Berkenaan dengan kelebihan Nisfu Syaaban iaitu malam pertengahan bulan Syaaban pula kita boleh dapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Habban dalam kitab al-Sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Nabi saw bersabda yang maksudnya: Allah swt melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang yang menyebarkan fitnah.

Dalam hadis yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud: ''Allah swt memandang kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah.

Hadis-hadis ini menggambarkan kepada kita kelebihan bulan Syaaban yang sungguh istimewa. Ibadat mesti digandakan sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah yang membanyakkan puasa sunat. Hadis tersebut juga menunjukkan bahawa Allah swt sedia memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat.
Ibadat pada malam Nisfu Syaaban:

1. Ibadat yang khusus dilakukan pada malam itu ialah:

2. Sembahyang lima waktu, sunat dan tahjud.

3. Membaca al-Quran. Kalau tidak boleh menghabiskan semuanya, sekurang-kurangnya membaca surah Yasin, al-Waqiah, al-Mulk, al-Insan, al-Hashr, al-Muzammil dan surah al-Mudathir.

4. Banyak beristighfar kepada Allah.

5. Bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma'thur.

Sebenarnya tidak ada doa khusus untuk dibacakan pada Nisfu Syaaban. Kita mesti ingat bahawa Allah swt sentiasa membuka pintu taubat bukan pada malam Nisfu Syaaban sahaja bahkan ia sentiasa terbuka waktu pagi dan petang, siang dan malam.

Peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban:

Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah:

• Peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar. Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah.

Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

Hikmah : Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

Saturday, July 24, 2010

THE WEEKLY BOOMERANG 2...Back To The Basic



Jom ramai-ramai kita mengimarahkan majlis ilmu...
ajak lah kawan-kawan ye...

Tuesday, July 20, 2010

Treasure Hunt.....Tautan Ukhwah Ahli Baru ~18 Julai 2010~


Penyampaian hadiah kepada peserta...

Peserta siswa

peserta siswi
peserta sedang mencari check point..

Warming up dulu...

warming up lagi...

Monday, July 19, 2010

Ada HikmahNya


Ada Hikmahnya
Sumber :www.iluvislam.com

Editor: RosNiza Abdullah

Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.Tentu Tok sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah.Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."

Pengajaran:

Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah.

Al-Fatihah....

Assalamualaikum w.b.t...

Tanggal 18 Julai 2010 bersamaan 6 Syaaban 1431, seorang sahabiah PMH iaitu
ANIS AMIRAH BT AHMAD LUTFI telah kembali ke rahmatullah kerana menghidapi denggi berdarah.Semoga roh allahyarhamah ditempatkan bersama orang -orang yang beriman dan beramal soleh. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya...

‎"Janganlah kamu mengira bahawa orang2 yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup disisi Tuhan-Nya dengan medapat rezeki, mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikanNya kepada mereka & mereka bergirang hati terhadap orang2 yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka bahawa tidak ada kekuatiran terhadap mereka & tak pula mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat & kurnia yang besar dari Allah & bahawa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang2 yang beriman"
(Ali Imraan:169-171)

Sunday, July 18, 2010

Tautan Ukhwah Ahli Lama ~16 Julai 2010~


Penasihat Persatuan Mahasiswa Hadhari -Ustaz Januri -

Bacaan doa

Timbalan Presiden yang sangat sibuk...(^_^)


Ahli PMH tengah kusyuk mendengar ucapan oleh ustaz Januri...


President PMH bersalaman dengan ahli..


Saturday, July 17, 2010

THE WEEKLY BOOMERANG DATANG LAGI!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM...W.B.T

Seperti poster yang tertera diatas kami dengan sukacitanya menjemput semua warga UiTM untuk menghadiri "THE WEEKLY BOOMERANG" yang pertama pada semester ini.

InsyaAllah sahabat-sahabat semua akan mendapat input-input yang berguna untuk bekalan kita nanti.

Datanglah beramai-ramai mengimarahkan lagi majlis ilmu yang akan berlangsung nanti.

Sekian..Terima kasih..

Wednesday, July 14, 2010

KERANA CINTA ALLAH KAMI BERTEMU


ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Dengan sukacitanya PMH menjemput semua ahli lama dan baru untuk menghadiri program TAUTAN UKHWAH akan dijalankan pada hujung minggu ini..

Kepada semua ahli lama, anda dijemput untuk menghadiri satu perjumpaan pada :-

Tarikh : 16/7/2010
Masa : 8.00 - 10.30 malam
Tempat : Dewan Kuliah B, Aras 6
Bangunan Sains & Teknologi

Cabutan bertuah menanti anda!!!
Makanan juga disediakan!!!!

Kepada ahli baru yang berdaftar dan yang ingin mendaftar bolehlah menghadiri TAUTAN UKHWAH pada :-
Tarikh : 18/7/2010
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Kuliah H, Aras 5
Bangunan Sains & Teknologi


TREASURE HUNT

  • pelbagai aktiviti dan hadiah menarik yang akan anda bawa pulang.
  • makanan disediakan.
  • pakaian sukan
Sebarkan kepada kawan-kawan ye..datang lah untuk memeriahkan program kita pada kali ini...

Terima Kasih.......HARAP MAKLUM..

Monday, July 5, 2010

Selamat Datang Kepada Semua Pelajar Baru dan Lama UiTM Shah Alam


Assalamualaikum...

Bersyukur kita kerana Allah mengizinkan kita lagi untuk menjejakkan kaki kita di bumi UiTM Shah Alam ini untuk meneruskan lagi perjuangan akademik kita..

Disini kami dari pihak PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH) 2010 ingin mengucapkan selamat kembali kepada pelajar lama dan selamat datang kepada pelajar baru. Diharapkan pada semester ini kita melangkah di Uitm dengan azam yang baru untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan disamping mencari keredhaan Allah S.W.T .

InsyaAllah.... PMH pada semester akan mengisi masa terluang warga UiTM dengan program-program yang bermanfaat dan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah.

Diharapkan kepada warga UiTM Shah Alam dapat memberikan sokongan kepada kami untuk menyebarkan dakwah ISLAM dibumi UiTM yang tercintai ini..

Sekian sini sahaja untuk kali ini....

Kepada yang ternanti-nantikan program -program kami...InsyaAllah anda boleh sentiasa menziarahi teratak kami ini untuk mendapatkan informasi.

Sekian..Terima Kasih...

Wallahualam......

Saturday, April 24, 2010

S.M.A.R.T GENERATION CAMP


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

SALAM IMTIHAN KEPADA SEMUA PELAJAR UITM SHAH ALAM.......

InsyaAllah, pada 10-12 Mei 2010 nanti, bertempat di Kem Idaman Nurani, Hulu Langat,Selangor, Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) dgn kerjasama CITU akan menganjurkan sebuah kem yg diberi nama
" S.M.A.R.T GENERATION CAMP".. Kem ini terbuka kepada seluruh warga UiTM Shah Alam, intec seksyen 17, Puncak Perdana, dan Puncak Alam..

Jumlah peserta terhad kepada 150 orang sahaja.
Siapa yg cepat daftar akan dapat pergi.
P
ERCUMA SAHAJA!!!! Tiada yuran pendaftaran.
SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!


SEBARANG PERTANYAAN DAN PENYERTAAN SILA HUBUNGI:-
1) Fudhail (013 - 9995864)
2) Azrina (012 -25698741)

Jgn lepaskan peluang ini utk menikmati kehijauan panorama yg indah di Kem Idaman Nurani, disamping dapat melepaskan tension exam dgn pelbagai aktiviti dan pengisian yg menarik!!

All The Best !!!!!





Saturday, April 10, 2010

SEMI PRO I-SIS


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

SEMI PRO I- SIS
KEJOHANAN FUTSAL DAN BOLA JARING



TARIKH : 10 APRIL 2010
MASA : 7.30 AM - 6.00 PM
TEMPAT : INTEC


MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM KITA PADA MINGGU INI...

- BAS DISEDIAKAN DI BUS STOP TERATAI JAM 7 PM.
-SIJIL DAN KUPON DISEDIAKAN.


SEMUA WARGA UiTM DIJEMPUT HADIR...


TERIMA KASIH...

HISBAH


Salam Muafakat...

"Kamu adalah umat terbaik dilahirkan untuk manusia mengAJAK keBAIKan dan menCEGAH keMUNGKARan" (Al-Imran 110) .

PMH seiring dengan tujuan merealisasikan objektif persatuan dan bertepatan dengan firman ALLAH di atas ingin melaksanakan aktiviti tersebut di kampus tercinta(UiTM Shah Alam) dibawah satu unit yang dinamakan UNIT HISBAH.

InsyaAllah perlaksanaan akan berlangsung pada 2,6,12, dan 13 hb APRIL 2010.Bermula dengan solat Isya' berjemaah di surau Melati.Pada pukul 9mlm berkumpul dan berakhir pada pukul 11 malam.

Sebarang persoalan boleh menghubungi siswa 013-4738640 dan siswa 013-3914360.

:: Bersatu menegakkan ISLAM!!! Jom beramal::

IHTIFAL SINAR ISLAM SEJAGAT

Assalamualaikum.w.b.t

IHTIFAL SINAR ISLAM SEJAGAT (I-SIS)

Seribu Kemaafan Dipinta

Assalamualaikum w.b. t

Kami pihak Admin memohon seribu kemaafan kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini ...ini adalah kerana kami mempunyai masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan..
kepada sesiapa yang sentiasa dahagakan pengisian dan informasi PMH... skali lagi kami memohon kemaafan..diharapkan selepas ini anda semua tidak jemu untuk menziarah kembali teratak PMH ini...InsyaAllah...kami akan meng'active' kn kembali blog ini..Doa kan kami istiqamah dalam menyebarkan dakwah dibumi UiTM dicintai ini....

Wassalam..