Thursday, September 29, 2011

HIJRAH

Assalamualaikum w.b.t

Perhatian kepada semua pengunjung Blog Persatuan Mahasiswa Hadhari, blog ini dalam proses untuk di batalkan. Blog PMH ini akan berpindah kepada alamat yang baru.. ini kerana blog ini sedang didalam penambahbaikan..

Pihak admin memohon maaf kepada semua pengunjung..

Alamat blog PMH yang baru akan diupdate sedikit masa lagi..

Harap maklum...

Monday, April 11, 2011

Selamat Menempuh Peperiksaan


Assalamualaikum w.b.t kepada semua warga UiTM khususnya ahli-ahli PMH yang disayangi semua...


Musim peperiksaan kembali lagi..lebih kurang 2 minggu lagi peperiksaan akan bermula..disini pihak PMH mengucapkan Selamat menempuh peperiksaan...Gunakan masa yang berbaki ini untuk kita sama-sama bersedia dan mengulangi pelajaran...Kejayaan tidak akan datang bergolek jika tiada usaha.Maka, gunakan masa study week nanti dengan sebaiknya..Disamping itu, jangan lupa kita dengan Sang Pencipta..banyakan kita berkomunikasi denganNya..tingkatkan pergantungan kita kepada Allah s.w.t...Semoga kita semua akan berjaya di dunia dan di akhirat...

Monday, March 14, 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. sihat sume?? diharap sume sihat2 belaka..

Alhamdulillah semalam 13/3/2011 sekitar 11.30 (taqriban) maka tamatlah karnival penghayatan islam.. diharap yang datang dapat menyebarkan ilmu yang anda dapat dr karnival ini supaya menjadi penghayatan sume bukan sekadar berlangsungnya karnival hayat ini sahaja..

Seperti yang dijanjikan, di sini kami sertakan sedikit perkongsian dari aktiviti sulung karnival penghayatan nur islam yang lepas iaitu bedah buku tentang Sultan Muhammad Al-Fateh.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kalau x sume yang dibedahkan saya ingat. Saya mulakan dengan isi yang dikupas oleh penceramah kita ustaz zafran. Ustaz zafran berceritakan tentang Sultan Murad iaitu ayah kepada sultan Muhammad Al-Fateh. Sultan Murad mengharapkan beliau yang dapat membuka konstantinopal. Tetapi beliau tertanya-tanya tidak cukup baikkah beliau sehinggakan bukan beliau yang dapat membuka konstantinopal dan tenteranya tidak cukup hebatkah dan yang paling merunsingkan tidak cukup baikkah rakyatnya. Sultan Murad ingin sekali menjadi individu yang disebut oleh Rasulullah iaitu

"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” [Hadis riwayat Imam Ahmad]



bersambung..........





Sunday, March 13, 2011

HAYAT (13 Mac 2011)

Pembetulan Tempat Dan Masa......


Karnival Penghayatan Nur Islam - HAYAT

(13 Mac 2011).


PAGI :Bedah Filem,

Temapat : DK H jam 8.30 pagi.

Penceramah: Ustaz Mohd Khalid Yahya

(Penulis buku "Membongkar misteri dajjal" dan "fitnah 2012 konspirasi galaktik")


MALAM; Majlis penutup HAYAT.

Tempat : Foyer S&T

Masa : 8 malam.

Artis jemputan : Akhil Hayy.....

Semua dijemput hadir....

Friday, March 4, 2011

program PMH datang lagi..

Assalamualaikum.. sihat sume?? moga sihat roh dan jasad hendaknya..
Berita baik kepada pencinta ilmu dan sukan..
PMH akan menganjurkan Karnival Penghayatan Islam (HAYAT) pada 9hb sehingga 13hb mac 2011..

Aktiviti untuk karnival ini ialah:

9/3/2011 - bedah buku
10/3/2011- TFM
11/3/2011- Fardhu ain
12/3/2011 - sukan (pagi)
- tayangan filem (malam)
13/3/2011- Bedah filem (pagi)
- Penutup (malam)

Mohon beribu kemaafan kerana tidak dapat meng"upload" banner di sini.. Insya-Allah akan dicuba lagi untuk meng"upload".. harap maklum.. :-)
Jemputlah beramai-ramai bagi memeriahkan karnival ini sekaligus menambahkan pengetahuan kita tentang islam.. :-)

Wednesday, March 2, 2011

Sedikit perkongsian tentang aurat..

Assalamualaikum..Apa khabar semua? Harap baik-baik belaka terutama iman semua..:-)

Di sini ada sedikit perkongsian mengenai aurat.. Mesti ada diantara kita yang mengeluarkan perkataan ini "aurat lagi...".

Sabar-sabar..
baca dulu.. insya-Allah bermanfaat untuk semua..

Pertama sekali suka untuk saya menjawab persoalan mengapa perlu menutup aurat??

Menutup aurat merupakan salah satu cara kita menunjukkan ketaqwaan kita kepada Allah dan ingat, salah satu cara untuk mendapat nikmat syurga daripada Allah ialah orang yang bertaqwa..

Orang yang bertaqwa?? macam mana tu ye??

Orang bertaqwa tu orang yang melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang. jadi, Allah suruh kita tutup aurat. makanya, kena tutup aurat la kalau nak jadi orang yang bertaqwa..

Apa pulak akan terjadi kalau ada yang tidak menutup aurat??

Jawapan yang "clear" yang terkadangnya kita terlepas pandang.. Banyak bayi terbuang.. sebab apa?? sebab tiada bapa yang sah.. puncanya?? auratlah.. Tidak menjaga aurat juga adalah penyumbang kepada menghampiri zina.. macam mana aurat boleh menyumbang tu rasanya semua boleh fikir sendirikan..:-)

"eee... panaslah pakai tudung" ada juga yang memberi alasan begini..

di sini saya sertakan satu cadangan untuk yang mahu berubah..
Ingatlah Allah akan membalas atas keingkaran kita kepada suruhan-Nya dan balasan untuk perempuan yang tidak memakai tudung ialah badannya tergantung dengan rabutnya diikat ke atas dan kepalanya menggelegak. aduh.. terasa sakit sekali..

tak pe panas kejap je.. lama-lama nanti terbiasa la..

Moga hari kita sentiasa baik.. hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.. Semoga semua menjadi insan yang bertaqwa.. Ameen...:-)

Pesanan Buat Semua (pesanan HISBAH)

Assalamualaikum w.b.t

LIMA SYARAT MELAKUKAN MAKSIAT..

  • Jika kamu bermaksiat kpd ALLAH jgn makan rezekiNya
  • kalau mahu bermaksiat jgn tinggal di bumiNya
  • kalau kamu masih mahu bermaksiat carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya
  • kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakan kepadanya ketepikan kematianku dulu...aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh
  • kalau malaikat zabaniyah datang hendak mengiringi kamu ke api neraka di hari kiamat nanti jangan engkau ikut bersamanya...
Kalau dah lepas syarat-syarat di atas barulah bleh wat maksiat. kalau rasa tak mampu tinggal-tinggalkanlah ye... Selamat beramal...:-)

Thursday, January 27, 2011

PMH 2010 Dalam Kenangan....


Assalamualaikum w.b.t

Buat sahabat-sahabat dikasihi..Alhamdulillah..selesai sudah AGM PMH penggal yang lepas,kini tampuk kepimpinan sudah berpindah kepada orang yang baru. Sedih pula rasa dihati mengenangkan betapa banyak lagi kekurangan yang belum dapat diperbaiki dalam PMH yang lepas. Apa-apa pun dengan perlantikan yang baru ini,diharapkan kepimpinan yang baru dapat menyambung perjuangan dan menambahbaik segala kelompangan yang dilihat. Aja!!!aja!!!!



Sedikit kisah perjalanan sepanjang AGM yang baru sahaja berlalu pada 23 Januari yang lepas.
Alhamdulillah..buat julung-julung kalinya AGM PMH diadakan di Dewan Annexe yang boleh dikatakan ini juga kali pertama berlangsung secara besar-besaran. Alhamdulillah setiap perancangan berjalan dengan lancar dari awal sampai akhir.
Terima kasih kepada semua ajk pelaksana!

Majlis dimulakan dengan bacaan doa,tilawah Al-Quran dan disusuli dengan persembahan silat gayong. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Subhi dan diserikan dengan alunan qasidah yang kami rasa ini juga kali pertama diperdengarkan dalam Uitm. Kumpulan qasidah PMH ini, diketuai oleh saudara Firdaus Saidin dan diiringi dengan percussion, amat menenangkan bagi setiap telinga yang mendengar.Qasidah ini mendendangkan selawat-selawat dan kata-kata pujian buat baginda Rasulullah s.a.w yang amat kita sanjungi. Alunan rentak dendangan sangat sesuai untuk melembutkan hati kita dan sekiranya dihayati, sangat mendalam maksudnya bagi para perindu Rasulullah.=). Lirik lagu turut diedarkan bagi setiap yang hadir. Pada hari tersebut, dua buah lagu telah diperdengarkan, iaitu Ya Thoybah dan wahai purnama. Setiap hadirin mendengar dengan penuh perhatian seperti ingin turut menyanyi bersama-sama. Diharap selepas ini kumpulan qasidah ini dapat kita perdengarkan dalam setiap program yang dianjurkan oleh kami. InsyaAllah.



Majlis diteruskan dengan pencalonan pimpinan baru yang dikendalikan oleh suruhanjaya pilihanraya yang terlantik. Seramai 12 pencalonan telah dibuka pada setiap ahli PMH. Bukan calang-calang calon yang dicadangkan, persaingan sengit mula dirasai. Beberapa lama kemudian, setiap ahli PMH mula mengundi calon-calon yang dirasakan layak untuk memegang tampuk kepimpinan yang baru.


Bersambung......

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Datang Pelajar Baru & Lama

Assalamualaikum...w.b.t

Kami PMH mengucapkan SELAMAT DATANG kepada pelajar-pelajar baru dan juga SELAMAT KEMBALI kepada pelajar-pelajar lama ke UiTM Shah Alam.