About Us

Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia adalah sebuah badan persatuan bercorak dakwah yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan mempunyai ahli jawatankuasa terlantik.

Pada 8 Ogos 2005, Persatuan Mahasiswa Hadhari telah diluluskan penubuhannya oleh UiTM di bawah Seksyen 8 (1) Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan didaftarkan dengan nombor pendaftaran SMH 149


OBJEKTIF PERSATUAN
  1. Menyiarkan maklumat tentang Islam dan perkara-perkara yang berkaitan.
  2. Mendekati mahasiswa dengan menganjurkan program yang menarik dan berfaedah.
  3. Menganjurkan idea Islam sebagai sebagai teras hidup yang sempurna.
  4. Memartabat dan memperkasakan Islam di UiTM.
  5. Memudahkan perhubungan penyebaran maklumat oleh pihak Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CiTU) kepada mahasiswa.
  6. Memberi sokongan di dalam bentuk kehadiran bagi program-program CiTU.
  7. Memberi sumbangan berbentuk tenaga kerja untuk program-program CiTU.
  8. Bermatlamatkan dakwah untuk untuk non-muslim, islah untuk untuk sesama Islam dan pentarbiyahan ahli. 


“Membangun Generasi Berilmu Dan Berakhlak Mulia”