Thursday, January 27, 2011

PMH 2010 Dalam Kenangan....


Assalamualaikum w.b.t

Buat sahabat-sahabat dikasihi..Alhamdulillah..selesai sudah AGM PMH penggal yang lepas,kini tampuk kepimpinan sudah berpindah kepada orang yang baru. Sedih pula rasa dihati mengenangkan betapa banyak lagi kekurangan yang belum dapat diperbaiki dalam PMH yang lepas. Apa-apa pun dengan perlantikan yang baru ini,diharapkan kepimpinan yang baru dapat menyambung perjuangan dan menambahbaik segala kelompangan yang dilihat. Aja!!!aja!!!!



Sedikit kisah perjalanan sepanjang AGM yang baru sahaja berlalu pada 23 Januari yang lepas.
Alhamdulillah..buat julung-julung kalinya AGM PMH diadakan di Dewan Annexe yang boleh dikatakan ini juga kali pertama berlangsung secara besar-besaran. Alhamdulillah setiap perancangan berjalan dengan lancar dari awal sampai akhir.
Terima kasih kepada semua ajk pelaksana!

Majlis dimulakan dengan bacaan doa,tilawah Al-Quran dan disusuli dengan persembahan silat gayong. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Subhi dan diserikan dengan alunan qasidah yang kami rasa ini juga kali pertama diperdengarkan dalam Uitm. Kumpulan qasidah PMH ini, diketuai oleh saudara Firdaus Saidin dan diiringi dengan percussion, amat menenangkan bagi setiap telinga yang mendengar.Qasidah ini mendendangkan selawat-selawat dan kata-kata pujian buat baginda Rasulullah s.a.w yang amat kita sanjungi. Alunan rentak dendangan sangat sesuai untuk melembutkan hati kita dan sekiranya dihayati, sangat mendalam maksudnya bagi para perindu Rasulullah.=). Lirik lagu turut diedarkan bagi setiap yang hadir. Pada hari tersebut, dua buah lagu telah diperdengarkan, iaitu Ya Thoybah dan wahai purnama. Setiap hadirin mendengar dengan penuh perhatian seperti ingin turut menyanyi bersama-sama. Diharap selepas ini kumpulan qasidah ini dapat kita perdengarkan dalam setiap program yang dianjurkan oleh kami. InsyaAllah.



Majlis diteruskan dengan pencalonan pimpinan baru yang dikendalikan oleh suruhanjaya pilihanraya yang terlantik. Seramai 12 pencalonan telah dibuka pada setiap ahli PMH. Bukan calang-calang calon yang dicadangkan, persaingan sengit mula dirasai. Beberapa lama kemudian, setiap ahli PMH mula mengundi calon-calon yang dirasakan layak untuk memegang tampuk kepimpinan yang baru.


Bersambung......

No comments:

Post a Comment

..BERBAKTI DENGAN KASIH,MENCURAH KERINGAT BERSAMA..