Saturday, October 10, 2009

HISBAH!!..jom Cegah MAKSIAT.



INSYA-ALLAH..HISBAH akan di gerakkan pada 10 Oktober 2009 jam 9.00p.m-11.p.m.Tempat berkumpul DI Dtaran Cendekia.Semua ahli PMH yang berminat sangat di alu-alukan untuk menyertai kami.Marilah kita sama-sama menyahut pangilan dakwah di kampus.

  • Apa itu HISBAH??

HISBAH adalah kesinambungan daripada SKUAD MAKSI(Skuad Maksiat SIFAR) yang pernah di jalankan pada Ramadhan Tahun lepas(2008).
Ia adalah sebuah pergerakan untuk mencegah dan membanteras gejala maksiat yang berleluasa di sekitar UiTM SHAH ALAM.
Tenaga penggeraknya adalah terdiri dari MT PMH dan Juga Exco-exco PMH bersama Ahli-Ahli PMH juga bekerja sama dengan pihak CITU, Sahabat-sahabat Surau Kolej kediaman Dan JPK-JPK Kolej kediaman.
Method yang di gunakan adalah menyebaran risalah berkenaan maksiat dan couple dan juga menegur pasangan-pasangan couple secara direct dan indirect(berhikmah).

  • Siapa yg boleh Join?

Ahli-ahli PMH,sahabat-sahabat Surau kolej dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pengerak HISBAH amat di alu-alukan menyertai kami.

.marilah kita menjadi ansarullah ..(Penolong agama ALLAH)

"Wahai orang-rang yang beriman!Jika kamu menolong agama ALLAH,niscaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
-Muhammad ayat 7-

8 comments:

  1. Salam,

    Bagi saya, kalau setakat nak mencegah jer, suruh pak cik-2 kat kampung & surau pun boleh, ajk2 masjid, dan sewaktu dengannya pun boleh. Perkara mencegah nie tak perlukan MAHASISWA HADHARI pun.
    Kita(saya pun mahasiswa uitm) sebagai mahasiswa, individu yang dikatakan & digambarkan boleh berfikir melebihi orang2 biasa, sepatutnya memikirkan jauh lebih kehadapan dalam berhadapan masalah couple nie. Benda ni bukannya remeh, yang dah couple tu, ada yang dah serious dan diorang kalau boleh kahwin, memang dah lame pun kahwin. Jadi sebagai sebuah persatuan yang di anggotai oleh mahasiswa2, saya harap janganlah sekadar nak membuat kerja yang orang kebiasaan pun boleh buat. Sama2 lah kita fikirkan jalan penyelesaian yang lebih logik dan bersesuaian dengan mengambil kira berbagai pihak. Kita ambil contoh penubuhan MARA, dengan adanya MARA, ramai bumiputera, khususnya umat Islam dapat manfaatnya. Kalau dah tau kahwin tu penyelesaiannya, kita fikirlah macam mana nak jadikan mereka ini agar dapat kahwin walau dalam tempoh pembelajaran. Benda macam ni lah yang perlu difokuskan, yang nak mencegah tu, kalau nak buat jugak, boleh saja, tapi mesti lah juga ada penyelesaian yang lebih besar yang pakcik2 kt kampung, surau2, dan ajk2 tak boleh fikirkan dan laksanakan. Saya bagitau ni sebab saya tak terlibat dengan persatuan ini, saya pun memang tak berkelapangan dan tak berkapasiti untuk turut serta. Kamu semua yang dah terlibat ni, ini lah perkara yang kamu perlu buat, memikirkan perkara yang lebih sejagat. Sampai bila nak tengok mahasiswa kita menjalinkan hubungan yang tak diberkati? macam lah diorang akan stop couple? ini dah jadi tanggungjawab persatuan mahasiswa hadhari, kerana ini portfolio kamu semua. sekian dahulu dari saya, mohon maaf kalau ada tersilap & terkasar bahasa.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..ada juga kalangan 'louder reader' dlm uitm ini.ingatkan pelajar ramai hanya dari kalangan 'silent reader'.

    benar dan betul segala apa yang anda luahkan.kami segala upaya cuba berdakwah melalui media internet, kertas, ceramah2 dan tazkirah2 malahan ahli PMH turut ditarbiyah agar kuat teguh untuk mengajak kawan pelajar lain.dalam kalangan ahli PMH sendiri, kami cuba mengelak dari berlakunya situasi couple.penting agar masing-masing dapat menjaga hati..namun tatkala diuji Allah, siapa mampu menolak?

    HISBAH adalah salah satu method dakwah dlm mencegah dari adanya pasangan berdua-duaan secara lahiriah.secara batiniah,secara SMS dan telefon kami hanya berupaya menasihat sahaja.mungkin secara psikologinya, uitm akan dilihat sebagai tempat yg tak selamat dan sering ada pengacau utk bermaksiat jika HISBAH berterusan.jadi, menjadi tanggungjawab saudara/ri utk turut serta walau sekali..merasa saat menegur kawan2,sumbang tenaga dan wang dlm mengukuhkan lagi HISBAH.

    benar,kita tak berupaya STOP mereka dari couple.tp kita berupaya tunjukkan jalan kepada mereka..macamana cara halatuju couple mereka.berkat kasih CITU dan MPP, kursus pra-perkahwinan dijalankan.hanya bergantung kpd pelajar sama ada turut serta atau tidak dgn program2 yg kami jalankan.

    berkenaan segala cadangan dan kritikan membina dari anda akan kami cuba perbaik dan pertingkat.sekian,terima kasih.

    ReplyDelete
  3. "jangan pernah meletakkan diri mu lebih tinggi dari orang lain kerana terkadang kita tidak tahu dan sedar merekalah yang lebih baik dari diri kita.."

    siapa pak cik2,mak cik2 dlm uitm ni?
    otak ada..fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  4. syurga abadi...
    syukran kerana ziarah..
    Sabar-sabar..mungkin dia tidak mengetahui..
    Org Islam itu tidak mudah melenting..=D
    apa-apapun teruskan sentiasa menyokong kami..Kerja dakwah itu bukan terletak pada segelintir individu..
    tetapi menjadi tanggungjawab setiap umat Islam..
    Manusia adalah khalifah di muka bumi...

    ReplyDelete
  5. Salam,

    to syurga abadi, mungkin anda tidak dapat mendapat gambaran sepenenuhnya akibat dari kekurangan kemahiran menulis saya.

    " yang nak mencegah tu, kalau nak buat jugak, boleh saja, tapi mesti lah juga ada penyelesaian yang lebih besar yang pakcik2 kt kampung, surau2, dan ajk2 tak boleh fikirkan dan laksanakan."

    Apa yang saya ingin sampaikan ialah PMH mempunyai matlamat yang lebih besar dan menyeluruh dalam masalah maksiat ini. Saya pasti PMH mampu untuk menyumbangkan idea dan penyelesaian selain dari berdakwah.

    Sekian.

    ReplyDelete
  6. terima kasih semua.alhamdulillah.anda semua prihatin.cuma nak menambah..dakwah itu WAJIB.sila rujuk CITU atau ustaz ustazah untuk menerangkan lagi lanjutan KEWAIBAN DALAM BERDAKWAH.ok.

    PMH bukan tidak mahu menyumbang idea atau penyelesaian lain tetapi setiap perkara yang ingin dilakukan memerlukan perancangan yang teliti.masa yang mencukupi.budget yang tertentu dan banyak lagi.jika saudara/saudari berkesempatan, singgah-singgahlah memberi idea dan kerjasama.

    sekian.

    ReplyDelete
  7. sebab itu orang dulu-dulu buat `tangkap basah`. jadi hidupkan kembali hukuman tangkap basah...

    ReplyDelete
  8. salam ziarah.
    zaman Rasulullah SAW dulu bukannya ada hukum yg pelik2. sekarang, sebab banyak ideologi dan dakyah2 Yahudi menyebabkan ulamak terpaksa membuat hukum.zaman tok nenek kita, ibu bapa yg tegas larang anak2 duk couple2.skrg, melata kat mana2 belakang mak ayah dgn couple masing2, mak ayah diorang tahu ke? kalau 1/2 mak ayah yg pandang ringan bab agama, xreti2 bhw dosa anak dara yg belum kawin tu kelak mereka nak jwbnya, bg jela sbb bimbang anak xpandai bgaul.padahal, kalau asyik dok b'couple, kwn2 lain nk bkawan pun rimas. kawin la cepat2.uitm izin je, ye tidak Dato' Sahol kita ?? adanya PMH ni lega hati kita kan, sb dah ada yg tlg cegah.lau x, xpsl2 bala beb, kn uitm ni.
    aku tgk uitm ni memang xckp mantap lg sistem blaja nya, sbb ?? aku mlihat plajar2nya masih rmi m'anggp ilmu tu dlm buku je. xikut psatuan, program bmanfaat yg uitm buat.yg xbmanfaat tu mmg bangang la sapa yg ikut, letak otak kat lutut.sapa yg buat tu lbh2 bangang.blaja tinggi2, tp nk beza bmanfaat dgn xbmanfaat pun xblh. jgn la spt ada musim, sem yg ada bulan Ramadhan buat program baik2, tp sem yg xde bulan Ramadhan, mcm2 program prigrim karut.apa??ingat, xmau la klu2 plaja cr sendiri program ngarut, so kita buat la yg ngarut tp dlm tkawal?? lorang fikir la sendiri.hah, PMH pn satu, korang ni tau buat makrif je, ajak buat baik,tp cegah nya tidak? takat bg kertas??suara,suara,mana??bisu PMH ni.xheran la.

    ReplyDelete

..BERBAKTI DENGAN KASIH,MENCURAH KERINGAT BERSAMA..